BARU-BARU ini, syarikat The Saheeh telah melancarkan koleksi produk kurma yang dikenali sebagai KURMA. lengkap dengan pengalaman mengasyikkan untuk pelanggannya.
Dengan berpandukan kepada teknologi “Realiti Terimbuh” (“AR”), KURMA. dipercayai satu-satunya produk pertama dalam industri kurma yang menggunakan teknologi AR untuk berinteraksi dengan pelanggan sekali gus mewujudkan pengalaman menakjubkan.
Hariz Abdul Hadi, Pengarah Produk Syarikat The Saheeh berkata: “Apa yang unik mengenai ciri-ciri tambahan AR, adalah kandungannya boleh disesuaikan sepenuhnya. Ini membolehkan kita untuk memilih apa sahaja untuk dipaparkan kepada pelanggan.
"Sama ada untuk membawa pelanggan ke kebun kurma di Saudi, berinteraksi dengan pelanggan dengan memberi peringatan mengenai bulan Ramadan atau membuat mesej peribadi kepada yang tersayang. Ini semua dapat direalisasikan dengan animasi AR.
"Kami juga terbuka untuk membantu syarikat- syarikat lain menghasilkan kandungan interaktif dan inovatif yang bersesuaian dengan pelanggan mereka,".
Untuk menggunakannya, pelanggan akan menyahimbas label produk KURMA. dengan memegang peranti mereka sekurang-kurangnya 30 sm daripada produk yang dinyahimbaskan tersebut. Sejurus kandungan video muncul, pelanggan boleh menggerakkan peranti mereka dari pelbagai arah di sekeliling video tersebut.
Selain daripada pengalaman ‘AR’, pelanggan juga akan menikmati pelbagai pilihan kurma premium dan berkualiti untuk diberikan kepada keluarga dan sahabat handai. Pembungkusan istimewa produk KURMA menggunakan bekas kedap udara (dengan penutup getah) juga membolehkan pelanggan mengguna semula bekas ini di dapur, sekali gus mengelakkan pembaziran.
“Reka bentuk produk tersebut melibatkan kajian yang sangat terperinci. Kami yakin ciri AR produk ini pasti mendapat sambutan golongan pengguna milienial. Kami juga mendapati bahawa golongan ini sangat prihatin terhadap kemampanan/kelestarian.
"Produk kami dibungkus dengan penutup getah, bekas kedap udara yang boleh diguna pakai sama ada di dalam dapur atau sebagai satu produk berteraskan gaya hidup. Reka bentuk “kedi” produk tersebut akan menjaminkan kesegaran produk tetapi apa yang lebih penting ialah ia menegaskan komitmen kami untuk menyokong UN SDG 12 yang menggalakkan amalan penggunaan mampan yang bertanggungjawab,” menurut Hariz Abdul Hadi.
Kurma KURMA. terdapat dalam 3 saiz berbeza: 250g, 500g dan 800 g dan jenis-jenis kurma adalah termasuk Ajwa Aliya, Safawi dan Medjool, Sukkary dan Suq’aie.
Pelancaran KURMA. merupakan satu pencapaian digital yang penting bagi syarikat ini kerana ia seiring dengan seruan kerajaan bagi golongan belia menerajui usaha digitilasasi di Malaysia.
"Masyarakat sentiasa berhubung dengan telefon pintar. Syarikat The Saheeh percaya bahawa dengan menjadikan produk berdasarkan teknologi terkini, ia bukan sahaja dapat menarik perhatian golongan muda malah dapat memberi nafas baru kepada produk kurma yang sebelum ini hanya dikaitkan dengan bulan Ramadan,” tambah Hariz Abdul Hadi.
Syarikat tersebut juga akan menyumbang sebahagian daripada hasil jualan untuk menyokong Skuad Prihatin Kemiskinan (SPK) yang merupakan projek kebajikan bertumpu kepada memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Ini merupakan satu usaha yang sejajar dengan UN SDG 10 untuk mengurangkan ketidaksamarataan.
The Saheeh Kurma boleh dibeli di shop.thesaheeh.co
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kurma-pertama-dengan-fungsi-ar-345620